top of page

Pengenalan Jabatan Teknologi Pendidikan (IPGKDA)

Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Pendidikan untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP ialah Kursus Bidang Generik, iaitu Kursus Kemahiran Belajar dan Kursus Wacana Penulisan. Manakala bagi pelajar PISMP, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Asas Pendidikan, iaitu Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Elektif Terbuka Penerbitan Video, Elektif Terbuka Fotografi dan Elektif Terbuka Pengurusan Pusat Sumber.
​
Bagi program PDPP pula, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bidang Asas Pendidikan, iaitu Teknologi dan Media Pengajaran. JTP terdiri daripada Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan Unit Sains Perpustakaan (SP).
Matlamat JTP adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi, Media serta Sains Perpustakaan. JTP sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. JTP juga sentiasa berusaha menyokong transformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.

Kata Aluan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan

IMG_20200629_153700-edit.jpg

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

​

Bismillahirrahmannirrahim,

​

Teknologi Pendidikan merupakan ilmu yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Sehubungan dengan itu jabatan ini menawarkan kursus yang mampu untuk membina kompetensi pelajar ke arah menjadi guru yang cemerlang dan berinovasi. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh para pensyarah di jabatan ini mampu untuk mendidian pelajar ke arah pendidikan yang gemilang. Diharapkan, anda akan menemui informasi berkaitan pembelajaran dalam portal ini. Sebarang masalah, sila hubungi Jabatan Teknologi Pendidikan. Kami sedia membantu anda.

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

 

Ahmad Razi Bin Harun
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Darulaman

Jitra Kedah

 

Fungsi Jabatan

1.Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP)


2.Mengendalikan kursus berkaitan Teknologi Maklumat&Komunikasi dan Sains Perpustakaan


3.Menawarkan konsultasi dan kepakaran untuk perisian aplikasi dan kemahiran Alat Digital (Digital Tools) kepada pensyarah IPG KDA dan penjawat awam sekitar negeri Kedah
 

4.Menawarkan konsultasi dan kepakaran dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
kepada Guru-Guru Pakar dan Guru Perpustakaan dan Media khusus dalam pembinaan Pusat Sumber Cemerlang


5.Mengendalikan program bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN)  seperti NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang


6.Memberikan pengalaman teori dan praktikal kepada warga pendidik tentang ilmu
berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan aplikasi media pengajaran

Sejarah Jabatan Teknologi Pendidikan

Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) adalah penjenamaan semula jabatan baharu yang diwujudkan supaya selari dengan nama jabatan yang terdapat di IPG di Malaysia. JTP dibentuk melalui dua jabatan yang telah dijumudkan iaitu Jabatan Sains Perpustakaan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

bottom of page